Sunday, September 8, 2013

hadiah indah dari syurga "Damia Husna" kini berusia 2 tahun

Assalamualaikum,. Rasanya sudah sekian lama tidak menulis di blog. Tiba-tiba terbit rasa rajin nak menulis semula. Setelah tamat pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di USM. Semua urusan hidup menjadi normal semula, yang tak normalnya tidak bekerja je lah. Dalam tempoh 1 1/2 tahun semasa pengajian la anakandaku Damia Husna diuji dengan pelbagai emosi dan berjauhan kasih sayang dari mama yang sibuk menuntut demi mengejar cita-cita untuk meneruskan kelangsungan hidup, kerjaya dan masa depan. Seawal 6 bulan Damia ditinggalkan, beratnya waktu itu hanya diriku & Allah sahaja yang tahu. Damia turut terkesan dengan perpisahan singkat itu. Ni la gambar Damia semasa masih kecil.



Sehingga kini kanak-kanak hadiah dari syurga ini, sudah pun berusia 2 tahun Selamat ulangtahun ke 2 tahun anak mama, petahnya berkata-kata, malah apabila bertanya namanya pun sudah pintar memberi jawapan dengan yakin. Anak sulongku, Damia Husna, ingatlah bagaimana sejarahnya keindahan dalam keluarga kita bermula, kehadiranmu dalam hidup mama memberi erti hidup yang sangat bermakna. Tinggi rasa kasih dan sayang terhadapmu, menjadikan mama akan memikul tanggungjawab mendidik dan membentukmu anakku sayang. Jadilah anak yang solehah dan beriman. amin



No comments:

Post a Comment