Friday, June 12, 2015

cuti sekolah di rumah peranginan persekutuan cameron highlands 2015

Cuti sekolah penggal ke 2, rumah peranginan persekutuan dah ditempah, balik tempat membesar jalan.











                                 

Mmg puas hati duk rpp cameron ni, sy tempah apartment 2bilik, percutian kami jimat, byk masak kat rumah je, duk 3hari 2malam, rm100 sahaja. Rumah mmg luas sgt, bw family ramai pn mmg xde hal.


Tempat wajib g boh palas, for breakfast., tp harga mmg melambung hahahha









Next trip igt nk book rpp lain, tp tah la lpas ni ssh kot, sbb ramai yg nk book rpp ni,, neway mmg puas hati sgt, yg penat tu, sbb cuaca sgt sejuk, balik tu semua demam, batuk, selesema, seminggu hahahha

Vacation trip dlm msia yg x kos tinggi, bajet pn kecil.. alhamdulillah, anak2 happy

Sunday, September 8, 2013

hadiah indah dari syurga "Damia Husna" kini berusia 2 tahun

Assalamualaikum,. Rasanya sudah sekian lama tidak menulis di blog. Tiba-tiba terbit rasa rajin nak menulis semula. Setelah tamat pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di USM. Semua urusan hidup menjadi normal semula, yang tak normalnya tidak bekerja je lah. Dalam tempoh 1 1/2 tahun semasa pengajian la anakandaku Damia Husna diuji dengan pelbagai emosi dan berjauhan kasih sayang dari mama yang sibuk menuntut demi mengejar cita-cita untuk meneruskan kelangsungan hidup, kerjaya dan masa depan. Seawal 6 bulan Damia ditinggalkan, beratnya waktu itu hanya diriku & Allah sahaja yang tahu. Damia turut terkesan dengan perpisahan singkat itu. Ni la gambar Damia semasa masih kecil.



Sehingga kini kanak-kanak hadiah dari syurga ini, sudah pun berusia 2 tahun Selamat ulangtahun ke 2 tahun anak mama, petahnya berkata-kata, malah apabila bertanya namanya pun sudah pintar memberi jawapan dengan yakin. Anak sulongku, Damia Husna, ingatlah bagaimana sejarahnya keindahan dalam keluarga kita bermula, kehadiranmu dalam hidup mama memberi erti hidup yang sangat bermakna. Tinggi rasa kasih dan sayang terhadapmu, menjadikan mama akan memikul tanggungjawab mendidik dan membentukmu anakku sayang. Jadilah anak yang solehah dan beriman. amin



Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan bakal meninggalkan kita

dah lama x update blog, hmm.. mmg x bape reti nk berblog ni, tp x pe la kan. xcuba xpandai kan?, puasa dh dekat nk abis dh.. maknanya raya dh dekat n dh x lama lagi nk kena balik usm,. Usm punye cite campak jauh2 dulu..., nk cuti2 dlu dengan keluarga,.. persiapan raya tahun ni ala kadar je. maklumlah x keje, xde income yg cun2 nk sambut raya beria2.. cuma nya nk bagi damia rase best raya tahun ni. maklumlah raya pertama bagi damia.., bagi kitorg yng sederhana ni, cukuplah sepasang baju raya.. tp utk damia dh siap, 1 bju kurung, & 2 gaun.. cuma nye kasut je tade lagi.., xde ape cite nk update sgt.. ber'blog' slow2.. lama2 nt ok la kowt =)

Thursday, May 3, 2012

kueyteow kerang USM



ish2.. malu ni, bukan main lg "kak order, kueyteow kerang 2, x nk tauge ye.. makan sini".. selepas penat "jogging dgn kak ra, kat stadium usm.p la mkn kat padang kawad.. makan sedap gtu + air kelapa.. siap2 mkn terus buang lagi sampah.., ish.. jalan terus balik, confident je..skali tuh.. dh dkt hostel kak ra pn tanya "ain, dh bayar ke makan tadi?" .. lalu aku slumber jwb.. "akak!!!!!!!!!!!!!!!! belum bayar, jom!! jom balik tempat td bayar... " lah lah, demam punye pasal, ape pn x tak ingat, jauh2 ni dari anak tersayang Damia.. lagi la ape pun x igt, huhu,,,patah balik tempat mkn td, byar makan tadi, tokey tuh dh masam muka igt kite lari x byr makan td.. huhu.. hahaha... harap2 xde dah siaran ulangan.. 


tuh tgk.. licin abes makan ngan kak ra.. heheh =).. sedap tak bayar kui3!!.. 

Tuesday, January 10, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم




Test test, ni baru nak mula mem'blog' ni, harap-harap datang lah rajin nak menulis dan 'update'. Bukan saja rajin nak buat semua ni. Ain saja lah nak mengisi masa bila duduk sorang-sorang. Ada perkara yang boleh nak hadap. Mula-mula ni nak post gambar orang-orang yang amat-amat disayangi, Damia Husna, cik abg, ish2... mak & adik la =).., amin.